Kini Telah Ada Peta Minda Yang Memudahkan Anak-anak Anda Mempelajari, Menghafal dan Menyemak Pelajaran Sains UPSR Mereka Sebelum  Menduduki Peperiksaan. Anda Tidak Perlu Bersusah Payah Lagi Untuk Menghasilkan Peta Minda Untuk Mereka Kerana Semuanya Telah Disediakan Untuk Anda!!


SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana  anda perlu mengingati dan menghafal  banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.  

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, anda perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada.  Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.


.

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat




Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang  bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.

kata-kunci dan rajah-kunci




Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan  yang betul. Ini adalah untuk memastikan  supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap  fakta tersebut.

Label huruf dan nombor serta gambar




Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan  kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.


PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak  5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa. 

Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas  bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika  bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan  seterus akan saya hasilkan.

Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.



KELEBIHAN PETA MINDA

Dalam Pembelajaran
Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah  keseronokan dalam proses pembelajaran,  mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan  mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta  setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

Dalam Pandangan Keseluruhan
Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya  mengulangkaji pelajaran  dengan pantas.

Dalam Berfikir
Melatih  minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.

Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.

Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.







Dapatkan Laporan Percuma yang memberi penerangan  secara terperinci tentang asal-usul bagaimana terciptanya Peta Minda.
 
Sila isikan maklumat di bawah untuk memuat-turun laporan tersebut. 
Semak e-mel anda selepas ini untuk mengesahkan permintaan anda. E-mel kedua yang menyusul akan memberikan anda pautan muat-turun.

Nama          :
Alamat E-mel:
Powered by: Response2.0



PRODUK E-BOOK: "MIND MAPS FOR SCIENCE UPSR"

“Mind Maps For Science UPSR E-Book" ini telah memakan masa lebih setahun untuk saya hasilkan. Maklumlah saya hanya menulisnya  pada masa  lapang selepas sibuk dengan tugasan mengajar di sekolah. Masa yang panjang untuk menghasilkannya adalah disebabkan oleh kajian dan rujukan yang perlu saya lakukan untuk memilih kata kunci dan gambarajah yang sesuai sebelum menyusun-aturnya ke dalam satu peta minda. Mencari, memilih dan mengedit gambar-gambar hingga ia sesuai untuk kegunaan peta minda merupakan kerja yang rumit. Ini saya lakukan untuk memastikan peta minda yang anda akan perolehi untuk anak-anak anda adalah yang berkualiti dan terbaik. Saya percaya Peta Minda Sains untuk UPSR yang saya hasilkan ini adalah lebih baik dan lengkap daripada yang ada dalam pasaran.



Perhatian:
"E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal.
Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer
dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program
Acrobat Reader. Gambar di atas hanya menunjukkan mirip rupa buku
tersebut apabila ia sudah dicetak dan dijilidkan.


Mengandungi 46 peta minda dari 26 bab mencakupi  sukatan Tahun 4 hingga Tahun 6.

Ditulis oleh guru yang berpengalaman dalam penggunaan Peta Minda.

Mengikut Sukatan KBSR terkini. Ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Dalam bentuk digital. Mudah disimpan.

Boleh dicetak dan dijilidkan untuk kemudahan membaca dan menyemak.

Perlu  untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan amat perlu untuk Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR

Dilengkapi dengan gambar berwarna bagi hampir semua fakta untuk memudahkan pemahaman  dan ingatan.

Berguna untuk guru sebagai Alat Bantu Mengajar dan nota murid.

Sangat penting bagi pelajar untuk menyemak dan menghafal.





LIHAT CONTOH

Sila lihat beberapa contoh peta minda yang anda akan perolehi dari 
“Mind Maps For Science UPSR E-Book" di bawah. Anda boleh lihat dari dekat beberapa contoh peta minda yang terpilih dengan hanya mengkliknya. Pastikan komputer anda terpasang dengan perisian Adobe Acrobat Reader. Sila tunggu untuk beri masa fail tersebut dimuatturun. Perkataan "Contoh" tidak ada dalam "E-Book" peta minda yang sebenar. Anda dipersilakan untuk mencetaknya untuk melihat peta minda tersebut di atas kertas.


Tahun 4 :

Life Processes



Materials



The Earth And The Universe




Tahun 5:

Microorganisms



Survival Of The Species



The Earth, The Moon and The Sun




Tahun 6:

Interaction Among Living Things



Eclipses



Machines




 APA KATA MEREKA?


Kata Ustaz Aziz

Memang berbaloi! Sekarang saya boleh membantu anak saya di depan komputer untuk mengulangkaji matapelajaran Sainsnya walaupun saya sudah lama meninggalkannya.  Mencari maklumat dengan peta minda adalah sepantas maklumat di hujung jari. Apabila saya duduk bersama anak membantunya mengulangkaji, saya pula yang rasa saya mula minat mempelajari Sains.


Uztaz Aziz Jaafar
Bapa



Kata Anak Ustaz Aziz

Saya berterimakasih kepada ayah kerana belikan peta minda Sains ni. Saya suka buat ulangkaji Sains di komputer sebab gambarnya berwarna, jelas dan menarik. Menyenangkan saya menghafal. Kalau di sekolah saya bawa peta minda yang sudah dicetak untuk ulangkaji. Insyaallah saya berazam untuk dapat "A" dalam Sains selepas ada peta minda ni.


Ummu Syakirah Nazira
Anak (Tahun 6)



Kata Muhammad Yusuf

Saya suka baca Peta Minda Sains ni lepas ayah saya belikan dan mencetaknya menjadi buku. Dengan peta minda saya lebih senang menghafal dan menyemak.  Setiap hari saya buka buku peta minda ni untuk baca. Walaupun topik itu belum saya belajar, saya dah faham.


Muhammad Yusuf
(Tahun 5)



Nurul Izzati : 5A - UPSR 2009

Saya adalah salah seorang pengguna E-Book Peta Minda Sains UPSR. Ianya sangat sesuai dan berguna bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR kerana ia mudah digunakan(user friendly) untuk mengingati fakta dan ulangkaji sebelum peperiksaan. Bagi saya cara penyampaian (presentation) serta susunan faktanya sangat baik dan pembelajaran saya menjadi lebih mudah. Hasilnya saya telah berjaya mendapat A dalam Matapelajaran Sains UPSR. InsyaAllah kawan-kawan di luar sana tidak akan rugi membeli E-Book Peta Minda ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru yang menerbitkan E-Book ini.



Nurul Izzati Abdul Muthalib
(5A - UPSR 2009)





SILA LIHAT KESELURUHAN E-BOOK

Untuk melihat keseluruhan E-Book, anda boleh mengklik gambar di bawah. Beri masa untuk kesemua mukasurat dimuatturun. Anda boleh menyelak setiap mukasurat dengan menyeret tetikus di atas muka surat.

 





MENGULANGKAJI PETA MINDA

Mengikut kajian, ingatan seorang pelajar akan menurun selepas waktu yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting seorang pelajar yang telah mempunyai peta minda mengulangkaji peta mindanya dari masa ke semasa. Adalah dicadangkan seorang pelajar mengulangkaji peta mindanya selepas satu jam sesi pembelajarannya. Ini bertujuan untuk mula memetakan mindanya dengan maklumat yang telah dipelajarinya.

Ulangkaji yang pertama mungkin memakan masa yang agak panjang kerana maklumat dan fakta tersebut masih baru. Ulangkaji seterusnya harus dilakukan pada hari berikutnya. Pada ulangkaji kedua ini seorang pelajar sudah mula mengingati lebih banyak fakta, manakala cabang-cabang peta yang tersedia pula semakin banyak dicetakkan ke dalam mindanya. Masa untuk mengulangkaji akan menjadi semakin pendek kerana ingatannya semakin baik. Ulangkaji yang seterusnya akan menambahkan lagi daya ingatan dengan masa  yang lebih pendek.

Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil beliau boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan beliau hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Yang pasti, kejayaan akan menunggu!.





DAPATKANNYA SEKARANG SUPAYA ANAK ANDA SUDAH BOLEH MULA MENGULANGKAJI!


Dapatkan 46 Peta Minda Sains untuk UPSR untuk anak anda sekarang. Jangan biarkan  anak anda ketinggalan teknik pembelajaran yang terkini ini. Peperiksaan UPSR semakin hampir dan anak anda perlu membuat ulangkaji sekarang untuk skor A dalam Sains. Lebih awal anak anda dapatkan peta minda ini, lebih awal anak anda dapat  mengulangkaji secara pantas dan bijak. Jangan berlengah lagi. Dapatkannya sekarang!


Sebagai promosi saya tawarkan  harga:



RM 50
RM 35

RM 30 sahaja



Bertindaklah sekarang dengan harga yang berbaloi ini.

Tiada Peta Minda yang selengkap ini dalam pasaran

 Tiada E-Book yang semurah ini dalam pasaran.

Harga termurah promosi ini akan naik bila-bila masa tanpa notis.

SUDAH TERBIT !!

"Mind Maps For Science Form 1 E-Book"

Mengandungi 20 peta minda dari 7 bab yang berkaitan. 
Sila klik gambar dibawah untuk melihat keseluruhan E-book

RM 20 sahaja

 

PRODUK SEMASA DALAM VERSI

BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU

Sila klik gambar bawah untuk melihat produk semasa







  Hubungi saya di:
petamindasains@gmail.com

  

  Sertai Affiliate Saya

Copyright © 2010 www.petaminda.com All Right Reserved